DAP cuba "serang" Perhimpunan Agung UMNO.

DAP sering kali menyibuk mengenai mesyuarat tahunan parti lain.. sebelum ini mereka menyibuk mengenai mesyuarat tahunan Pas sehingga menyebabkan perpecahan  parti Islam itu.

Kini , mereka cuba mencampuri mesyuarat tahunan parti Umno yang dicadangkan untuk diadakan secara tertutup dengan mengatakan mesyuarat tahunan Umno kali ini diadakan di dalam kelambu.

Menurut Lim,  Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, mesyuarat tahunan Umno kali ini umpama mesyuarat di dalam kelambu apabila tidak didedahkan kepada rakyat dan para media.

Dalam masa sama, Lim cuba menghasut ahli Umno dengan mengesa ahli-ahli Umno mengadakan protes bagi membantah mesyuarat tahunan parti yang dibuat di dalam kelambu itu dengan membuat rakaman video dan sebagainya.

“Saya justeru mengajak anggota-anggota perwakilan Umno yang tidak bersetuju dengan agenda mesyuarat dalam kelambu ini, supaya membuat rakaman video, suara, gambar dan sebagainya untuk diberikan kepada media sebagai tanda protes selain mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan individu atau puak tertentu di dalam parti,” kata Lim.

Selain itu. Lim turut menuduh mesyuarat tahunan Umno itu dibuat didalam kelambu bagi membincangkan hal ehwal kepentingan keluarga dan kroni Umno dan tidak mahu perkara itu diketahui umum.

Lawak juga apabila Lim mengatakan Umno merupakan sebuah parti keluarga dan hanya mementingkan kroni apabila mahu mengadakan mesyuarat tahunan… Rasanya, DAP dan PKR yang merupakan parti keluarga apabila jawatan yang disandang dalam parti itu adalah keturunan anak beranak.

Keputusan Umno untuk tidak mengadakan mesyuarat secara terbuka bukanlah satu masalah besar kepada parti lain untuk mencampurinya.. Jadi,mengapa DAP perlu mencampuri urusan parti lain untuk mengadakan mesyuarat tahunan?? – Utaranews.com

ep2p-5small