Cina Penang "sembah" Guan Eng agar berhenti bunuh anjing.

Bukan sekali tetapi sudah beberapa kali rakyat di negeri Pulau Pinang, rakyat bukan muslim khususnya menyembah di kaki Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng, merayu-rayu supaya menghentikan perbuatan kejam membunuh anjing yang tidak berdosa di sekitar negeri tersebut.

Walaupun perbuatan membunuh anjing telah ditentang hebat oleh pencinta haiwan suatu ketika dahulu selepas Guan Eng menyampaikan hasrat mahu menghapuskan anjing terbiar di sekitar Pulau Pinang, namun tentangan itu tidak dapat menghentikan perbuatan kejamnya.

 Ahli Parlimen Bagan itu tetap teruskan pembunuhan kejam tersebut hingga memaksa NGO dan aktivis pencinta haiwan melakukan demonstrasi sekali lagi bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka.

Demonstrasi tersebut menyaksikan mereka berarak sepanjang 5KM menuju ke Komtar. Perarakan tunjuk perasaan tersebut diadakan bagi menunjukkan bahawa mereka tidak akan berhenti untuk membantah kezaliman kerajaan DAP yang membunuh beribu anjing-anjing yang tidak berdosa.

Siap ada yang melutut di atas jalan raya semata-mata merayu Guan Eng menghentikan pembunuhan tersebut. Dengar kata Guan Eng akan membayar RM60 bagi seekor anjing yang dibunuh kepada kroni-kroninya. Maknanya nyawa bagi seekor anjing terbiar adalah RM60. Begitu murah nyawa anjing-anjing tersebut dimata Guan Eng.

Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak mempunyai hati dan perasaan, kalau ada hati pun mesti hatinya hitam legam dan kotor busuk macam air longkang. Mana sikap dan perikemanusiaan Guan Eng??- TiraGomez/UtaraNews.com  


video

ep2p-2