Bubur candil

 petang sabtu yang panas terasa sangat nak makan yang sejuk2…. cam ni la kan kerja tukang dapo, asik nak makan jer kerjanya… nak makan satu hal, nak sediakan apa yang nak dimakan juga satu hal lain… apa pun dengan adanya intenet dan kawan2 blogger sifu masak2 memudah tukang dapo ni membuat pilihan dengan apa stok yang ada kat dapo la kan… tapi yang pasti menu yang mudah2 je yang mampu kak rose sediakan… jom buat bubur candil ni, dengan bahan yang minimal je… mekasih yang kongsikan resepinya…

bahan2nya.

  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
  • kak rose tambahkan sagu biji

 

Alhamdullilah, puas dapat makan hasil tangan sendiri…..

  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.

ep2p-5small