Bila ada kerajinan…

 bila ada kerajinan, buat popia kecik2 inti serunding daging… bukan selalu pun, tapi sekali dia datang boleh jugak menggulung popia kecik2 ni untuk kudapan petang sambil gebang2 dengan kawan kawan kat sini… sebenarnya serunding daging yang kak rose buat ari tu ada banyak lagi… dah buat pulut panggang tapi masih ada lagi berbaki…. so geledah fridge cari stok kulit popia ni… nasib baik ada sepeket yang saiz kecik tu…

 so, dengan hati yang berkobar2 memulakan projek menggulung popia cenonet ni…. tapi bila separuh jalan dah terasa, vitamin m sikit2 ada mari jugak… tapi alang2 dah buat, teruskan jugak la…. dan akhirnya habis jugak la sepeket kulit popia kecik tu yang kak rose potong jadi empat…. memang jenuh le nak menggulungnya!

at last, dapatlah sebalang kecik ni,….. buat berjam2 tapi bila makan tak leh nak berenti lak… sekejap jer dah tinggal separuh… kalau nak buat lagi pun kena fikir beribu2 kali…. vitamin m sudah melanda diri!

ep2p-2