Bangkai Amanah masih berada dalam PAS.

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggesa bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa supaya keluar Pas dan menyertai parti Amanah Negara (Amanah) ekoran melempar tuduhan liar terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mahfodz, Husam sengaja melemparkan tuduhan tidak berasas itu kerana mempunyai kaitan dengan kekalahan beliau mengekalkan kerusi sebagai naib presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Mahfodz berkata, Husam digesa untuk keluar dari Pas dan menyertai rakan-rakannya yang kalah dalam pemilihan parti lalu yang menubuhkan parti Amanah dengan dakwaan kononnya mahu menggantikan kedudukan Pas sebagai sebuah parti Islam..

Tambah Mahfodz, beliau tidak mahu bangkai Amanah masih berada dalam Pas kerana ia akan memusnahkan hubungan sesama pemimpin parti Islam itu.

“Mereka itu bekas pemimpin yang kalah dalam pemilihan dan hari ini mereka menubuhkan parti.

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini? Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah,” kata Mahfodz.

Dalam masa sama, Mahfodz sendiri tidak tahu mengapa Husam yang disifatkan sebagai progresif masih setia berada dalam Pas dan tidak menyertai Amanah.

Oleh itu, Mahfodz tidak menolak kemungkinan Husam masih berada dalam Pas bagi mempecah-belahkan parti Islam itu lagi selepas apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakannya yang tewas pada pemilihan lalu.

“Saya tida tahu mengapa Husam tida sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam Pas,” katanya.

Secara lazimnya, sebab utama Husam masih berada dalam Pas adalah untuk memecah-belahkan Pas… seperti pemimpin Pas tahu Husam ini merupakan pemimpin progresif yang telah menubuhkan parti baharu Amanah tetapi Husam tidak menyertai rakan-rakan progresifnya. Bukankah itu menimbulkan satu tanda tanya mengapa beliau tidak bersama mereka??.

Husam mengambil langkah dengan mengekalkan dirinya bersama Pas tetapi dalam masa sama beliau lantang mengkritik dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas. Ini jelas beliau cuba memecah-belahkan hubungan pemimpin dan ahli Pas.

Jadi, Pas perlu menggesa atau memecat Husam supaya imej parti Islam itu tidak dirosakkan oleh bangkai-bangkai Amanah yang masih berada dalam Pas. – Utaranews.com

ep2p-5small