Balu Harun Salim Bachik Nafi Burukkan Achey

Nampaknya masih lagi tak selesai cerita pasal balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor..Sebelum ini dia pernah memberitahu media mengenai kesempitan hidup dan mendakwa Achey menipu dan tak pernah bantu atau jenguk anaknya seperti yang diviralkan..

Bertindak untuk menceritakan perkara yang benar pasal pelawak itu.. Surianti dah terima banyak kecaman dan kritikan dari orang ramai.. Ramai orang merasakan Surainti nak meraih simpati dan memburukkan nama Achey..

Terkini, Surianti tampil mengatakan dia hanya menceritakan perkara yang betul pada media.. Tak pernah pun berniat untuk mencalarkan imej Achey.. Apa yang Surianti lakukan hanya nak mempertahanan hak beliau dan anak-anak..

Dia tahu arwah Harun Salim Bachik ada membuat pelaburan dalam beberapa perniagaan bersama Achey..

“Seperti kenyataan dia sebelum ini dia sudah serah semua share perniagan yang dikongsi kepada keluarga, saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu malah dikeluarkan daripada grup perniagaan berkenaan.

Sepatutnya sebarang keputusan dimaklum kepada saya kerana saya balu arwah dan saya bersuara pun bukan kerana kepentingan diri sendiri tetapi untuk menegakkan hak anak-anak kami,” jelasnya..

Miss A tak mahu nak sebelahkan mana-mana pihak.. Cara yang senang nak menyelesaikan masalah antara Achey dan Surianti ialah mereka perlu bertemu empat mata.. Bincangkan apa yang dah berlaku.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small