Balik ke sarang

 refreshment masa pergi….

Asalamualaikum dan salam pagi minggu… semuga ceria sepanjang hari ya… dan buat anak2 yang bersekolah, selamat bercuti panjang dan memenafaatkan percutian dengan penuh berfaedah… tapi tu la bila berjalan pada musim cuti sekolah ni…. mak ai!!!! mahalnya tiket penerbangan, poket yang koyak bertambah besar la lubangnya…. itu lah rakyat cam kita ni yang terpaksa hadapi… kesian kita kan…

 en asben punya pun nak enter frame…

dan petang semalam sampailah semula ke sarang kak rose kat penang ni…. dah la flight delay 30 minit pas tu bila sampai kat penang, jalan jem gila bagai tak hengat! dari airport nak sampai kerumah amik masa 1jam setengah… kalau tak jem, lebih kurang dalam 20 minit jer perjalanan… nasib baik teksi pakai kupon yg beli kat epot tu, kalau tidak mmg naya la nak bayar tambang sbb jem yang teramat….tu pun drebar teksi tu guna waze, boleh cilok2 jalan mana yang kurang sesaknya… tapi dah memang jem kan, mana2 arah pun sangkut. sabar je la…. tinggalkan rumah selama 4 hari, pokok bawang yang baru segar nak tumbuh terkulai layu, kurang kasih sayang!

ep2p-2