Bakal Menantu Ugut Nak Dedah Video Seks Dengan Bakal Bapa Mertua.

Seorang lelaki yang  berusia 47 tahun dalam kegelisahan dan takut perbuatan terkutuk dia akan terbongkar selepas diugut oleh bakal menantu dia yang berusia 23 tahun.

Perempuan tu ugut nak dedahkan kepada bini lelaki tu kalau lelaki tu tanak bayar seperti yang diminta. Selain tu dia nak bertindak lebih berani nak buat laporan polis mengatakan lelaki tu merogol dia. Apa jenis perempuan la dia ni?? Gaya macam perempuan sundal!

Difahamkan, perempuan tu selalu datang ke rumah keluarga bakal suami dia yang terletak di Pusat bandar Puchong. Dok selalu pi tu sampai berlaku hubungan terkutuk dengan bakal bapa mertua. Sapa yang dok menggoda sapa pun tak tau la noh..

Teruk betul kedua-duanya, nafsu berjaya menguasai diorang! Kecewa anak lelaki tu dan bakal suami perempuan tu dapat tau bakal isteri buat tak senonoh belakang dia, lebih teruk dengan bapa sendiri pulak tu. Mau jadi gila la!

Disebabkan takut dengan ugutan tu, lelaki tu terus terang dengan bini dia sebelum bini lelaki tu pi buat laporan polis pasai ugutan perempuan tu ke atas suami dia.

Macam mana la reaksi bini dia dapat tau semua ni kan??? Tak dapat nak bayangkan, remuk hati tu bila suami buat tak senonoh dengan perempuan lain! Lebih-lebih lagi dengan bakal menantu.. Hurmmmm.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small