Anjing Selamatkan Bayi Baru Lahir Mendapat Perhatian

Di Oman, beberapa keping gambar anjing selamatkan bayi perempuan baru lahir masih hidup dibuang mak budak tu jadi perhatian di laman sosial. Malunya… Binatang pun lebih berperikemanusiaan berbanding dengan manusia!

Seorang lelaki yang dikenali Elly Baiqtloha yang muat naik gambar anjing tu di laman Facebook mendapat perhatian orang ramai. Difahamkan, bayi tu dijumpai dalam sebuah tong sampah, masa tu anjing tu tengah selongkar cari makanan.

Anjing pun tak sanggup nak biar bayi tu terseksa dalam tong sampah tu kan??

Menurut Elly, anjing tu menggonggong bayi tu yang masih bertali pusat dibawa ke sebuah rumah berhampiran. Pemilik rumah tu terus ambik bayi tu dibawa ke Hospital Sohar untuk mendapat rawatan.

Dah ditakdirkan anjing tu menjadi penyelamat bayi tu kan, bayi tu masih bertuah dapat hidup di muka bumi ni. Tindakan anjing tu mendapat perhatian dan ramai yang memuji, disebaliknya mak budak tu dikecam kerana sanggup buang anak sendiri!

Renung-renung kan la kisah ni sebagai pengajaran buat kita semua ye! Jauhkan diri dari buat benda yang keji! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small