Anak jadi punca Putri Mardiana mengaku khalwat.

Alahai.. Putri Mardiana ni masih lagi rasa dirinya tak bersalah kes ditangkap khalwat bersama kekasihnya tu.. Dia mengaku bersalah pun sebab tak mahu terus dikritik dan nak menamatkan segala cerita buruk pasal dirinya yang tersebar di media sosial..

Antara sebab paling penting mendorong dia membuat pengakuan bersalah kerana tak mahu anaknya yang menanti keputusan ujian UPSR rasa tertekan dengan kontroversi ibunya itu..

“Saya mengaku salah sebab nak tamatkan cerita yang tersebar di media sosial. Lagipun keputusan ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR anak saya keluar hari ini (semalam). Saya tak mahu dia tertekan,” jelasnya..

Nampaknya Putri Mardiani masih nak tegakkan benang yang dah basah.. Masih rasa diri tak bersalah walaupun dah ditangkap khalwat sebanyak dua kali dengan kekasihnya Ejump..

Hakim Mahkamah Rendah  Syariah Gombak Timur sempat bagi kat pasangan ini untuk insaf dan tak libatkan diri dengan perkara yang boleh timbulkan fitnah ini.. Kahwin la cepat kalau tak mahu anak ko tu tertekan.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small