Amir Raja Lawak Terkilan Dengan Rakan Artis kerana Roti Bakar

Kebanyakkan artis yang menceburikan diri dalan industri hiburan, dorang tak hanya fokus untuk mencari duit dalam bidang ini.. Tapi, ramai dari kalangan artis yang mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan..

Paling ramai artis mula berjinak-jinak untuk menjual tudung.. Tapi, lain sedikit bagi pelawak Amir (Raja Lawak) yang mencari kelainan.. Dia mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan roti bakar..

Bila dah libatkan diri dalam perniagaan, memang ada dugaan yang perlu dilalui.. Mula bukak bisnes memang selalunya orang ramai tak tahu.. So kita kena pandai buat promosi untuk tarik minat pelanggan..

Dengan teknologi kini, senang nak buat promosi.. Selalunya orang akan buat promosi melalui laman sosial Instagram.. Amir pun mula buat promosi melalui laman sosial.. Tapi, Amir agak terkilan dengan sikap segelintir rakan pelawak yang tak mahu bantunya promosi bisnes roti bakarnya di laman IG mereka..

“Susah juga nak minta bantuan rakan-rakan pelawak terutama yang popular, saya ada minta mereka promosi di Instagram sudah bagi gambar dan kapsyen sekali tapi tidak dilayan.

“Mula-mula dilayan saya, tapi bila saya kata minta tolong promosi terus senyap sahaja walaupun dia membaca mesej itu,” ujarnya..

Walaupun tak dapat support dari kawan sendiri, Amir masih lagi berusaha untuk memajukan bisnesnya.. Setakat ini, Roti Bakar Amirreka dah mempunyai dua cawangan iaitu di Sri Gombak dan Batu Caves..

Walaupun ada rakan pelawak yang tak membantu, Amir dah dapat bantuan dari seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeee.. Zukieee mula terkenal sebab dia sering memuatnaik video-video yang kelakar.. Pengikut kat Facebook je dah lebih 100,000..

Sementara itu Amir jugak nak buka peluang buat korang yang berminat untuk membuka perniagaan.. Kalau ada yang berminat boleh hubungi rakan kongsinya iaitu Shahril 0196037261..

Kat sini la kita nak tengok mana kawan mana lawan.. Bila susah memang selalu kawan-kawan lari.. Bila senang ramai je yang datang berdamping..  Semoga bisnes Amir akan terus maju.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2