Aktres Wanita Besarkan Payudara Untuk Dapat Tawaran Berlakon?

Alahai dunia, tak sangka Miss A seorang artis popular ni sanggup tahan kesakitan membuat pembedahan hanya untuk membesarkan payudara.. Kononnya nak orang lain lihat diri tu cantik, kalau sebab kesihatan buat pembedahan tu tak apa la jugak..

Bukan hanya berani buat pembedahan payudara.. Artis terbabit turut berani buat suntikan pada wajah untuk memiliki dagu yang runcing.. Jenis manusia yang tak reti bersyukur dengan kurniaan yang diberikan..

Kalau tengok wajah dia yang sekarang, memang tak dinafikan aktres tu makin cantik.. Tapi, cantik hanya dengan suntikan dan pembedahan tak akan kekal..

Terkini, aktres ini dilihat kerap dok berkunjung ke sebuah hospital swasta.. Miss A dok ingat dia ada masalah kesihatan.. Bila tanya pada salah seorang kakitangan hospital tu, rupanya bukan buat pemeriksaan kesihatan tapi buat pembedahan besarkan payudara..

Menurut maklumat, sebab artis tu buat pembedahan untuk menarik perhatian penerbit drama dan filem untuk beri tawaran berlakon.. hmm.. Penerbit filem dan drama memang tengok payudara pelakon dulu ke baru dorang nak beri tawaran berlakon..

Dunia industri hiburan kat Malaysia ni dah hampir setaraf dengan industri hiburan Hollywood pulak sampai sanggup buat pembedahan untuk menarik perhatian orang ramai.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small