6 lelaki Nepal ditahan disyaki bunuh Kerani Sekolah Agama

Semalam ada berita pasal satu kejadian tragis yang menimpa seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap, Muar dibunuh, rogol dan rompak, kan??

Hari ni Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun untuk membantu menyelesaikan kes siasatan. Perkara ni telah disahkan oleh Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob..

Menurut Azman Ayob, pihak diorang terus bergegas ke lokasi sebaik aje terima penggilan kecemasan pada 5 petang semalam. Berhubung dengan kes tu, pihak diorang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah yang barkaitan dengan kes tu.

“Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan,” kata Azman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Miss nak ingatkan la kat korang ye, kalau korang selalu bersendirian kat rumah tu tolong berhati-hati ye.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2