Wanita Ini Ambil Masa Seminggu Untuk Keringkan Rambut

Di Yunnan, seorang perempuan etnik Miao yang dikenali Gu Meiying berbangga memiliki rambut sepanjang 2.52 meter. Rambut beliau tak pernah digunting sejak 35 tahun yang lalu.

Difahamkan, Gu ni tak pernah gunting rambut sejak umur dia 24 tahun dan rambut tu tumbuh sepanjang enam or tujuh meter setiap tahun. Terfikir jugak kann.., tak rimas ka rambut panjang berjela cenggitu?? Mau kutu melekat kat  situ jenuh laa nak mencari. Hihihi..

Menurut Gu, dia menganggap rambut tu sebagai harta dan tangkal. Dia pernah ditawar 19,000 Yuan (RM 11,000) untuk rambut tu tapi ditolak kerana nak mencatat rekod dunia Guiness.

Difahamkan juga, Gu ni bekerja di ladang, dan tiap kali dia pi kerja tu Gu akan lilit rambut dia lima kali kat kepala lepas tu kat pinggang tiga kali. Rasanya lepas ni kalau panjang lagi.., bolehla Gu lilit satu badan jadi macam kepompong.. Hahaha

Kadang-kadang tu dia mengeluh gak setiap kali cuci rambut yang kena ambik masa lama nak kering kan.. Selalu kalau perempuan ni kering rambut kejap aje…, tapi Gu ni ambik masa sampai seminggu baru kering, memang menyusahkan la.

Lain kali elok berpada-pada aje la nak simpan rambut tu kann.. Daripada dok menyusah diri menanggung beban kat kepala dengan pinggang usung sana sini, elok rambut pendek je lahh.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small