Umno harus bersyukur bila Saifuddin keluar parti.

Dengan penyertaan Saifuddin Abdullah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka Umno bolehlah menarik nafas lega kerana pengkhianat yang selama ini bersarang didalam parti melayu terbesar itu sudah mula melarikan diri..

Penyertaan Saifuddin ke parti Anwar tersebut wajar disambut baik oleh seluruh ahli Umno kerana ianya merupakan suatu “rahmat” terhadap perjuangan memartabatkan bangsa melayu.

Saifuddin yang kita kenal selama ini bukanlah seorang pejuang melayu.., jauh sekali seorang pejuang agama seperti yang ada didalam Umno dan PAS.. Sebab itulah kedua-dua parti ini “sangat panas” buat Saifuddin..

Lebih dikenali sebagai seorang yang liberal, Saifuddin sebelum ini seumpama si Kitul dalam Umno apabila lebih banyak mengutuk polisi serta dasar yang dibuat oleh partinya sendiri.. Tak kurang juga apabila Saifuddin mengkritik keputusan yang dibuat oleh kerajaan sedangkan dia sendiri berada didalam kerajaan tersebut.

Mana mungkin seorang yang mahukan semuanya diberi secara sama rata mampu duduk didalam Umno yang begitu aktif memperjuangkan nasib bangsa melayu.. Dan mustahil juga seorang yang liberal didalam pemahaman agama mampu duduk didalam PAS yang begitu kuat berjuang demi Islam.

Oleh itu.., tempat yang paling sesuai bagi Saifuddin hanyalah didalam PKR yang secara rasmi kita tahu mereka menyokong kesamarataan didalam negara hinggalah samarata dalam hubungan sejenis yang sangat dilarang didalam agama.

Mungkin Saifuddin beranggapan melayu tak perlu menguasai politik dan berjaya didalam ekonomi seperti yang diperjuangkan oleh Umno.. Sebab itulah dia lebih memilih PKR yang dianggap adil didalam berpolitik..

Mungkin juga Saifuddin memikirkan bahawa PAS terlalu ekstrem berjuang untuk agama sehingga mahu Hukum Hudud dijalankan di Kelantan.. Maka dengan itu Saifuddin lebih rela “dibakar” bersama geng-geng PKR yang giat bersekongkol dengan DAP menentang Hukum Islam tersebut.

Jadi kesimpulannya.., tiada apa yang berkurang didalam Umno dengan pemergian individu tersebut.. Adanya dia dulu didalam Umno juga langsung tak menambah apa-apa kebaikan sekalipun.. Dan kini, rakyat akan lebih mudah untuk menilai perangai sebenar beliau..

Apakah Saifuddin akan setaraf dengan Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali serta beberapa bekas pemimpin Umno yang lain setelah melompat keluar parti? Hanya masa yang menentukan nasib Si Kitul terbaru ini.. Sama-samalah kita lihat nanti… – Big B/Utaranews.com

ep2p-2