Tuan Ibrahim adalah contoh terbaik manusia yang tak tahu bersyukur!

Inilah masalah orang kita, apabila kita memberi tak tahu nak bersyukur… Tapi kalau tak memberi cakap makan duit rakyat pulak. Eshhhhh tak faham betul Gomez dengan perangai pembangkang ni.. Semua tidak kena di mata mereka!

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bukan sahaja tak tahu bersyukur dengan pemberian kerajaan, malah seperti tidak berpuas hati bila kerajaan menaikan jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sepatutnya perkara baik seperti ini patut dorang sokong kerana memberi kesenangan kepada rakyat. Tetapi lain pulak jadinya apabila kenaikan jumlah BR1M ini dianggap sebagai suapan dan penambah perisa untuk menyedapkan lagi makanan.

Ntah apa yang geng pembangkang ni maksudkan sebagai penambah perisa tak tahu la, kalau pemikiran sudah kotor, buat baik macam mana pun orang masih lagi berfikiran negative betul tak? Kalau sudah benci buat baik pun orang tak suka, kan!

Tuan Ibrahim juga mendakwa bahawa kenaikan jumlah pemberian BR1M hanya akan menghauskan lagi beban rakyat pada masa yang akan datang. Haus ke kalau kerajaan nak kongsi keuntungan negara bersama rakyat?? Kang cakap kerajaan makan sorang pulak.

Dalam pembentangan baget 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu mengumumkan kenaikan kadar BR1M daripada RM750 kepada RM800 bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sehingga RM4,000. Bagi yang berpendapatan RM3,000 ke bawah mereka akan mendapat RM1,000 berbanding RM950 sebelum ini.

Bagi penerima bujang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, mereka akan mendapat RM400 berbanding RM350 sebelum ini.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small