Tak perlu Visa untuk ke US.. Tahniah Kerajaan Malaysia @zahid_hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya membawa Malaysia menyertai Program Pengecualian Amerika Syarikat yang pernah dicadangkan pada tahun lalu.

Zahid yang mengadakan lawatan kerja empat hari di Washingston telah menandatangi dokumen Keselamatan Dalam Negeri  Arahan Presiden No 6 (HSPD-6) yang terkandung dalam Program Pengecualian Visa AS.

Perjanjian itu turut ditandatangai Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

Selain itu, pertemuan dua hala ini turut membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan AS khususnya kerjasama dari aspek keselamatan.

“HSPD-6 adalah satu daripada dokumen yang perlu ditandatangani bagi menyertai program pengecualian visa AS, selain dokumen perjanjian Mencegah dan Memerangi Jenayah Serius (PSCS).

“Dokumen ini juga mengandungi beberapa pecahan mengenai usaha melakukan pencegahan dan pembanteraasan jenayah berat yang akan membolehkan negara kita dan AS bertukar maklumat mengenai pengganas yang disyaki ataupun dikenali di kedua-dua negara,” jelas Zahid yang dipetik dari The Star.

Malaysia akan menyertai 38 negara lain termasuk Singapura dan Brunei bagi mendapatkan hak pengecualian visa untuk tempoh 90 hari selepas menandatangi program pengecualian visa ini.

Syabas diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri yang telah berjaya dalam rundingan menghapuskan visa ke US.

Dengan penghapusan ini, rakyat di negara ini dapat melancong atau melakukan urusan perniagaan di AS dalam tempoh 3 bulan tanpa memerlukan Visa.

Menyentuh mengenai dokumen perjanjian PSCS, ia merupakan satu langkah yang baik dilakukan oleh Zahid bagi memerangi penjeyah besar mahupun pengganas yang sering melarikan diri keluar negara.

Dengan perjanjian ini, pihak berkuasa dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa luar bagi memerangi sesuatu jenayah besar yang sering keluar masuk di negara ini. Sekali lagi ucapan Syabas diucapkan kepada Zahid kerana berjaya menghapuskan Visa ke AS. – Utaranews.com

ep2p-2