Sup tulang

 Menu dari daging korban kat kampung hari tu…. bawak balik sedikit tulang rusuk dan buat sup ni…  dah seminggu lebih terbiar kejung dalam freezer jadi merajinkan diri buat sup ni untuk lunch hari jumaat lepas…. hari jumaat jer ade kerajinan nak masak sbb encik asben balik tengahari untuk semayang kat mesjid dekat dengan rumah ni… hari lain, makan jer apa yang ade…. vitamin m banyak sangat bila tinggal sorang ni.

 dayang pengiring untuk sup tulang…. resepi dari blog chef tersohor kak Hanieliza, mekasih ya kak.

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]  (kak rose bubuh 1 each)
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng (kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya 

 Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 


Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

 

cara kak rose nak kurangkan lemak yang banyak tu…. keluarkan semua isi dan simpan kuah dalam fridge kejap…. bila dah beku, kaut dan buangkan lemak tu…

Bismillahirohmanirohim….. makanlah dengan aman sbb dah kurang lemak2 tu…. jangan lupa sambal kicap jawa tu…. walllahh…. berpeluh2 makan. Alhamdullilah.

ep2p-5small