Suami sengal dera isteri di kedai makan..

Dek kerana sakit mata dan tak tahan tengok si isteri dilayan macam hamba abdi oleh si suami, si saksi terus bertindak serang si suami depan orang ramai dan di tempat terbuka. Memang kental si penyerang tu!!

Seorang perempuan menjadi saksi dan berkongsi kisah tu di laman Facebook bagaimana dia lihat si isteri sibuk dok menguruskan makanan untuk suami dan anak-anak tapi kemudiannya dimarahi dengan kata-kata yang menyakitkan hati!

Difahamkan, dah la makanan dan air dibeli oleh si isteri, suami kat meja makan dok menanti macam raja aje. Lepas tu si isteri dok sibuk bagi makan kat dua orang anak dia yang berusia lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dulu, masa dia nak makan tu anak kecik sekali yang berusia lebih kurang 7 bulan yang ada dalam stroller tu pula merengek.

Lepas tu terpaksa angkat dukung duduk atas riba, so jadi lambat si isteri nak makan. Memang susah nak makan kalau sambil dukung baby, nak makan pun terkial-kial la kan??

Tapi si suami ni dah la melantak sorang diri  macam tak ada anak kat sebelah, laju aje makan dia dulu. Lepas dah habis makan tu bukan nak tolong tengok-tengokkan anak-anak dia, apatah lagi nak dukung si kecik tu.

Yang dibelek lepas makan tu tengok enset, si suami tengok si isteri lambat makan lepas tu laju aje dia kata kat isteri dia cenggini,…

“Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni,” kata si suami tu.

Yang saksi ni dok panas bontot dah tengok, lepas si suami tu kata cenggitu dia terus bangun menuju kat meja makan family tu terus ‘bahasakan’ si suami…

“Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok.”

Miss Hana pun bengang aje dengan suami perempuan tu, tak bertimbang rasa langsung!!! Mesti perempuan ni selalu aje kena marah dan makan hati aje dengan kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut suami dia noh.. Harap-harap dengan kesabaran dia tahan selama ni, dibalas dengan kebahagiaan! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2