Serunding daging

 Salam isnin yang berjerebu…. walaupun pagi tadi hujan punyalah lebat, tapi jerebu degil ni seakan tak nak berarak ketempat lain…. dan keadaan pagi ni masih dalam ketegori unhealthy level…so rutin pepagi kak rose pun memang terganggu sejak minggu lepas lagi…. keadaan tak mengizinkan dengan jerebu yang begitu tebal kan… so stay indoor jer…. dan mula lah asik nak ke dapo jer…..

teringat daging korban yang bawak balik kampung masa raya tu… so meh nak isi kan masa dengan merajinkan diri membuat serunding daging ni…. bila dah set nak buat tu, memang berkobar2 rasa nak siapkan…. tetapiiiiii….. sangatlah mencabar nak buat serunding ni. kesabaran yang sangat tinggi adalah diperlukan…. apa lagi bila siat daging tu sorang2… berjam jam duduk bangun tak siap lagi. tu pun siat kasar2 jer…. no wonder la, orang jual serunding ni sangat mahal, buat sendiri baru tau nak letak harga kan…. resepinya kak rose kopi dari blog DJ@DapurKu Sayang…. mekasih ya. mohon nak kongsikan kat sini lak ya.

bahan-bahan :

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200 ml santan
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • 3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar – boleh lebih atau kurang
  • sedikit serbuk kunyit
bahan-bahan kisar/tumbuk :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40 g biji ketumbar (disangai terlebih dahulu)
  • 10 g jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai
 dapatlah malam tu makan pulut cicah serunding daging buatan sendiri… bangga gitu!
 
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. 
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan. 
  4. Hidangkan setelah masak.
***kalau tak nak goreng dengan minyak,masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga kering.

berbaloi lah seharian didapo bila dapat buat sendiri serunding daging yang sedap ni… siap meratah lagi.

ep2p-2