Sayur pebret…sedap!

 suka sangat dengan sayur cendawan ni… berulang kali buat pun tak jemu dan tiap kali beli cendawan ni la resepi yang terbayang dalam kepala selain dari sup cendawan tu… taruk udang banyak2 memang best… semua sekali dalam tu… lauk n sayur jugak. cendawan goreng berempah cajun yang best. kalau kawan2 nak cuba ni dia resepinya dari Nor Secubit Garam.

 
Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong 
(tak de, kak rose gantikan dengan holland peas n carrot)
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam

sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.
 
** kak rose masukkan kacang tu bersama dengan cendawan… masak sekejap jer, so holland peas tu akan tetap crunchy bila dimakan nnti) 

ep2p-2