Ronaldinho_Atletico_Mineiro_2Portal Swiss Daily Blick telah melaporkan bekas bintang Brazil Ronaldinho mungkin akan kembali bermain di Liga Eropah.

Ronaldinho yang sudah berumur 35 tahun telah menamatkan kontrak bersama kelab Fluminense dimana beliau hanya bermain 9 perlawanan bersama kelab itu.

Ronaldinho gagal menunjukkan prestasi yang baik di mana beliau gagal menjaringkan gol bersama Fluminense.

Dengan tidak terikat dengan mana-mana kontrak, Ronaldinho masih mahu bermain bola sepak dan abangnya dan ejennya Roberto Assis membuat ulasan ringkas,

Kami sedang menimbang tawaran dari kelab Malaysia dan Switzerland.

Tidak dapat dipastikan kelab Liga-M yang telah membuat tawaran kepada Ronaldinho. Mungkin dari JDT atau Pahang?

Buat masa sekarang tiada kelab yang betul-betul mahu memberi tawaran kepada Ronaldinho, namun terdapat khabar angin mengatakan kelab Sion dari Swiss sedang memburu khidmat pemain lagenda Brazil itu.

Sumber Blick & 101Greatgoals

Comments

comments