Ridhuan Tee tawar diri sebagai Presiden MCA?

Riduan Tee tawar diri mahu jadi Presiden MCA

Pendakwah popular, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam satu kenyataan menggesa semua pemimpin MCA kini perlu digantikan dengan calon Cina Islam bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut pensyarah Universiti Islam Sultan Zainal Abidin itu, pemimpin MCA pada hari ini tidak akan dapat membantu BN memenangi PRU akan datang ekoran keceluparan pemimpin MCA sedia ada kini.

Selain itu, pemimpin MCA pada hari ini yang tidak fasih berbahasa Melayu juga akan menjadi punca kekalahan calon MCA pada PRU akan datang.

“Maaf cakap, ramai calon MCA yang Bahasa Malaysia mereka tunggang-langgang. Apatah lagi untuk memahami selok-belok adat dan budaya melayu. Calon sebegini menempah tiket untuk kalah.

“Saya fikir, orang Melayu tidak mempunyai masalah untuk memberi sokongan kepada MCA jika MCA tidak terlalu celupar.

“Selama MCA kalah bayak kerusi, kerusi menteri dan timbalan menteri masih diberikan kepada mereka mengikut kuota yang disediakan walaupun sebenarnya MCA tidak layak menduduki kerusi tersebut berdasarkan kepada kerusi yang dimenangi dalam PRU,” kata Ridhuan.

Justeru itu, beliau mencadangkan MCA untuk menubuhkan Biro Agama Islam supaya ia menjadi jambatan kepada MCA untuk mendekati rakyat khususnya ketika berhadapan dengan orang Melayu.

Kenyataan dari Ridhuan ini ada juga baik benarnya, tetapi kalau dilihat dengan teliti seolah-olah dirinya mempunyai niat untuk menjadi pemimpin MCA. Adakah Ridhuan mempunyai cita-cita untuk menjadi pemimpin MCA??

Jika Ridhuan menjadi seorang pemimpin MCA, dapatkah beliau menarik sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina yang sering menganggap Cina Islam sebagai pengkhianat??-Utaranews.com-

ep2p-2