Remaja Perempuan Bakar Diri Selepas Kes Rogol Tak Disiasat

Di Multan, Pakistan, seorang perempuan yang dikenali Sonia Bibi dah la melalui detik hitam dirogol. Lepas tu bila pi buat report mendakwa dua anggota polis merogol dia tapi polis buat tak endah dan tanak siasat. Ni nak tutup kes cenggitu aje la tu!!

Kurang ajar betul! Nak jaga nama baik konon tapi naya orang sampaikan Sonia tu bertindak berani mati bakar diri dia. Difahamkan, Sonia bakar diri dia di luar balai polis di Muzaffargarh di, Punjab.

Disebabkan kejadian ngeri tu dua polis bangsat tu kena tahan dan ketua balai polis tu digantung tugas sebab tak ambil tindakan. Sumbat semua dalam penjara!

Sonia meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital. Sonia tu mesti tertekan dan kcewa sangat dengan tindakan polis yang tak nak tegak keadilan bagi dia. Sapa-sapa pun tertekan kena rogol tapi buat report  kes tu macam kena gigit semut aje noh!

“Kami boleh mengesahkan Sonia membunuh diri dengan membakar dirinya. Dia menuduh beberapa polis merogolnya dan aduannya tidak diendahkan.

“Kami mewujudkan jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu,” kata Jurucakap polis Nabila Ghazanfar.

Polis pun buat benda terkutuk macam tu, macam mana la orang kat luar tu nak rasa selamat kalau polis pun macam setan. Nak ‘baham’ gak macam penyagak! – MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small