Rakyat sudah terima perlaksanaan GST.. – Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Ahmad Maslan memaklumkan rakyat di negara ini sudah dapat menerima pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sebelum ini menjadi buah mulut kerana belum mengetahui manfaatnya.

Ahmad Maslan berkata, rakyat kini sudah dapat menerima pelaksanaan GST kerana rakyat sudah fahami pelaksanaan GST memberi manfaat kepada mereka seperti membantu meningkatan pendapatan rakyat.

Jelasnya, dengan dana hasil kutipan GST itu, kerajaan telah mengembalikan semula hasil cukai tersebut kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.

Tambah Ahmad Maslan, rakyat tidak lagi marah dengan kerajaan kerana melaksanakan sistem cukai tersebut, sebaliknya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah banyak membantu rakyat dalam kos sara hidup yang semakin meningkat dengan pelaksanaan sistem cukai itu.

“Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.

“Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” kata Ahmad Maslan ketika ditemui di dalam majlis Pertandingan Pidato Piala Presiden Umno 2015 peringkat Zon Utara.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2016 yang dijadualkan pada Jumaat depan.- Utaranews.com

ep2p-2