Puff sadin

 puff sadin buat untuk minum petang semalam….lama dah beli kulit puff ni, nasib baik tak expired lagi lagi dan selamat lah dapat dijadikan hidangan petang semalam…. crunchy lapisan2 dia walaupun dah sejuk… dan inti yang sedap tu buat terlupa sekejap pasal gatal bila makan sadin tu…

 sebelum kebakaran pun nak jugak enter frame kat sini…. resepi puff ni kak rose copy dari blog CMG, mekasih ya Mat… kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya…

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine “cap ayam” asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama “Kawan” berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair

 selepas kebekaran yang hampir hangit….

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 – 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 – 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan

selamat sudah jadi hidangan minum petang aka dinner sekali… maklumlah dinner memang jarang amik nasik… so hidangan ringan cam ni pun dah lebih dari cukup untuk kami berdua. terima kasih Allah yang masih berikan kami kesempatan menikmati hidangan simple cam ni. Alhamdullilah.

ep2p-5small