Penyokong Taksub anggap Mahathir sebagai Imam Mahadi.

Ntah dari mana la ‘penganalisis’ tak bertamadun ni muncul.. Tuppptupppp boleh pulak kata yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Imam Mahadi. Cehhhhhhh! Ini la akibatnya kalau kita sudah taksub sangat dengan orang tu, sampai Mahathir pun dia anggap sebagai Imam Mahadi, pahlawan yang memperjuangkan Islam.

Kalau betul la Mahathir ni Imam Mahadi… Perhhhhhh kira hebat giler ah noh haha! Hanya gara-gara slengggg mat salleh sebut nama Mahathir bunyi ‘Mahadi’.. Mamat yang menggunakan akaun facebook Ashraff Isma ini terus rumuskan yang Mahathir ni sah Imam Mahadi.

Gomez hairan jugak mamat ni belajar dekat mana ekk dulu sampai terlajak pandai sangat macam ni! Kalau betul la tekaan mamat ni, so korang semua dah boleh start bertaubat la sebab tanda-tanda kiamat makin dekat.. Imam Mahadi pun sudah muncul sebagai Mahathir untuk membunuh Dajjal… Huhuhuuuuu…

Kalau iye pun nak tunjuk sangat kata diri tu taksub dengan Mahathir, tak perlu kot nak buat teori tak yang tak betul dan tak sahih sama sekali ni. Tergelak besar Gomez bila baca status yang dimuat naik oleh mamat Ashraff ni, kelakor!

Imam Mahadi adalah seorang pahlawan atau khalifah yang perjuangkan Islam dan tegakkan kembali syiar Islam.. Bukannya macam Mahathir yang terus menerus menentang pemimpin Islam kerana tak puas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana nak sangat tengok Najib jatuh, “Imam Mahadi” yang mamat Ashraff tu puja sanggup buat fitnah nak memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Macam tu ke seorang pejuang Islam yang mamat ni puja-pujakan?? –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small