Pengasuh Taska Di Terengganu Dikecam Dera Bayi.

Penderaan budak-budak lagi di taska, geram betul Miss Hana dengan pengasuh-pengasuh yang jenis kurang ajaq dan tak ikhlas bekerja ni!! Kerja tu buat la cara yang betul, ingat orang bayar gaji tu untuk mendera ke!!

Kali ni berlaku di pantai timur pulak di sebuah Taska Melily, Jalan Bukit Kecik, Kuala Terengganu tersebar satu video di laman sosial. Dalam video tu menunjukkan seorang baby lelaki yang tak tau apa-apa lagi didera pengasuh kurang ajar dan tak guna satu sen pun!!!

Minah tu ingat anak orang tu anak patung ke!! Minah ni patut didera balik aje sampai lunyai, biar dia rasa kesakitan budak tu didera dia. Tampaq budak tu berkal-kali, ingat tak sakit ke, hah?? Bangang betul!!

Lepas tu pi tekup muka budak tu dengan kain tuala pulak minah sengal ni, mau mati anak orang tu. Meringkuk la ko dalam penjara tu!! Macam mana boleh terlepas jadi pengasuh tak tau la..

Orang ramai meminta pihak polis siasat taska ni dan pengasuh tu sekali dan mengenakan hukuman tegas yang sepatutnya dikenakan! Tu yang jadi pemerhati tu pun tangkap sekali, boleh aje tengok macam tak ada apa jadi.

Si perakam tu pun patut rakam muka-muka yang bersalah tu sekali, senang nak cari! Lepas ni minah tu pun akan turut meringkuk dalam penjara macam gangster awek-awek Kelantan tunjuk samseng belasah orang sesuka hati aje.. Negara ni ada undang-undang, ingat ye! MissHana/Utaranews.com.



video


ep2p-5small