Memang hebat. Seorang lelaki yang baru berusia 23 tahun, yang bermain Minecraft dalam YouTube telah berjaya membeli rumah agam ini yang bernilai RM18 juta.

Kediamannya itu terletak di Hollywood Hills.

Jordan Maron menjana duit di Youtube setelah dia mengupload video parodi Gangnam Style versi Minecraft Style pada tahun 2012 mula mendapat lebih 30 Juta tontonan hanya selepas 3 bulan. Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 44 Juta tontonan.

Jordan Maron, terkenal di kalangan mereka yang bermain game dan dia kenali sebagai Captain Sparklez.

Maron, mempunyai sembilan juta orang yang menyaksikan dia bermain Minecraft dalam YouTube.

Nampaknya hanya dengan bermain komputer game, ia memang memberikan keuntungan dan kekayaan kepada Maron.

Sumber – Mynewshub & Daily Mail

Comments

comments