Pemandu Lori Mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak 11 tahun

Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen KuL Pilah, Negeri Sembilan terhadap pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun pada November tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, merupakan seorang pemandu lori didakwa merogol kanak-kanak itu yang merupakan murid sekolah di daerah Jempol di sebuah rumah di kampung Batu Bakar Bahau.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri memohon tertuduh tidak diikat jamin memandangkan keseriusan kes merogol kanak-kanak berusia 11 tahun dan tangkapan tertuduh mengambil masa lama kerana melarikan diri.

Tertuduh yang diwakili Peguam Abdul Aziz Hamzah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban, memohon agar dia dibenarkan diikat jamin atas budi bicara mahkamah.

Hakim, Sazlina Safie membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan serta melarang tertuduh mendekati mangsa atau keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Justeru, mahkamah menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes. -SH

ep2p-2