Pancake mayonis

 Asalamualaikum dan salam 1 oktober…. how time flies kan. lama rasanya tak buat penkek cam ni… asik2 penkek jawa aka lempeng pekak jer….. sesekali nak jugak makan lempeng omputeh ngan jem n butter ni… dan bertambah sedap bila taruk mayonis dalam adunan tu. mekasih Nor yang bagi idea mempelbagaikan resepi penkek… kak rose ni tukang kopi jer… he he he

 dan siap bagi idea camner nak terbalikkan pancake dalam pan yang kecik tu…. kena guna dua pan la jawapnya untuk memudahkan kerja dan cepat jugak siapnya…bila bahagian atas tu dah kering terbalikkan atas kuali yang satu lagi… tak la sememeh pankek kita tu nanti. tapi keras tangan kak rose ni, buat lempeng pun ade yang hangus tebako!

resepinya…. mekasih ya Nor.

PANCAKE

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
2 sudu besar mayonis

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

ep2p-2