Nazri Aziz dedah taktik pembangkang lagakan PM dan TPM.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang menyokong sesiapa sahaja pemimpin Umno untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai sengaja melaga-lagakan pemimpin.

Nazri berkata, kenyataan tujuan itu sengaja melaga-lagakan pemimpin Umno dan mahu memecah-belahkan parti.

Jelas Nazri, pembangkang sengaja membuat kenyataan kononnya menyokong sesiapa sahaja pemimpin Umno untuk menjadi Perdana Menteri kerana mahu melihat parti berpecah.

Katanya, dengan menyingkirkan Najib terlebih dahulu, maka akan ada pergaduhan didalam Umno, dimana ada yang mahu melantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelak.

“Tujuan dia untuk melemahkan Umno terutamanya dengan menghilangkan ketuanya,” kata Nazri.

Oleh itu, beliau menggesa ahli Umno supaya tidak melayan sokongan palsu yang dinyatakan oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Dalam masa sama, beliau yang mengulas jika Najib berundur menjadi perdana menteri, beliau akan memastikan Zahid akan menjadi perdana menteri seterusnya dan menutup pintu buat Muhyiddin yang masih mengimpikan kedudukan tersebut.

“Zahid timbalan perdana menteri, beliau juga akan jadi perdana menteri,” katanya.

Sudah menjadi makan harian buat pemimpin pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin parti lain sehinggalah mahu melaga-lagakan pemimpin Umno.

Walau bagaimanapun, langkah pemimpin pembangkang itu tidak berhasil kerana telah dihidu lebih awal dan langkah tersebut merupakan langkah ‘basi’ yang telah dihadam oleh pemimpin Umno.- Utaranews.com

ep2p-5small