Muhyiddin "nasihatkan" Najib supaya dengar cakap Raja-Raja Melayu.

Pandai pulak si Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nih nak bagi nasihat dekat perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak agar dengar cakap Majlis Raja-raja Melayu.

Ehhhhhh.. Tahu la kerajaan, itu kan memang kerja dorang  untuk settle siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Lambat atau cepat itu bergantung pada kerjasama kes la, bukannya sengaja mahu ditanguhkan yedok? Kononnya Muhyiddin bagi nasihat kepada ex-majikan sebab kalau siasatan tu tak penting takdenya raja-raja Melayu hendak bersuara.

“Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.

“Maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah perdana menteri selaku ketua kerajaan.

“Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu perdana menteri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook

Muhyiddin turut mengarahkan supaya siasatan haruslah dijalankan dengan telus, jujur dan amanah tanpa ada campur tangan dari pihak asing. Jika tidak tindakan akan diambil. Hamboihhhh garangnya haha!

Menurut Muhyiddin lagi, mula-mula saja kerajaan nampak macam mengambil kes ini secara serius tetapi apabila lama kelamaan makin slow je macam mahu tak mahu je uruskan kes. Dia juga mendakwa kerajaan seperti sengaja mahu kes ini dilupakan, sebab tu dorang buat lambat.

Eshhhhh.. Suka-suka hati dia je nak komdem orang, tahu la dorang tu nak buat kerja. Muhyiddin ni pun sama jugak dengan Mahathir, tahu nak hasut orang je haha!-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small