Mahathir semakin meraban.. Anggap Najib takut masuk Penjara

Mahathir dakwa Najib takut dipenjara jika letak jawatan..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan bahawa orang yang bersalah memang takut untuk melepaskan jawatan yang disandang.

Mahathir berkata, jika Najib tidak takut, beliau sudah pasti melepaskan jawatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh bekas perdana menteri sebelum ini, Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi.

Jelasnya, Tun Abdullah yang melepas jawatannya pada tahun 2009 berani berbuat demikian kerana Tun Abdullah sudah mengetahui dirinya tidak akan berdepan dengan risiko disumbat ke dalam penjara kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan berbanding Najib.

“Kalau Najib undur, dia tidak ada kuasa, kemudian bila siasatan dibuat dia akan ke penjara. Dia tak berani undur kerana takut ke penjara.

“Tidak seperti Pak Lah, dia tidak takut letak jawatan kerana tidak ada salah dia lakukan,” kata Mahathir dalam sesi dialog ‘Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa’ di Hotel De Palma.

Mahathir berkata demikian selepas keinginannya untuk mengetahui siapa penderma dari Timur Tengah yang telah menghadiahkan RM2.6 bilion kepada perdana menteri tidak diendahkan.

Mahathir juga berkata, jika benar ada penderma yang sanggup menderma sebanyak itu kepada perdana menteri, beliau juga ingin berkawan dengan penderma tersebut.

Jelasnya, tujuannya untuk berkawan dengan penderma tersebut juga adalah kerana dirinya juga mahu mendapat derma sebanyak itu.

“Tiada manusia akan beri RM2.6 bilion kerana sayang nak Najib menang. Siapa dia, kalau ada orang macam itu saya pun nak kenal juga.

“Orang mana yang derma, kita pun nak jumpa mana tahu dia nak derma kepada orang lain juga,” katanya.

Nampaknya ada sahaja yang tidak puas hati oleh orang tua ini… Ada sahaja benda yang hendak dikritiknya bagi memenuhi hasratnya tercapai.

Siapa Mahathir untuk menentukan kedudukan seorang Perdana Menteri?? Adakah beliau merupakan seorang yang lebih berkuasa dari DYMM Agong yang berhak menentukan siapakah yang paling layak menjadi Perdana Menteri??

Selain itu, mengapa Mahathir menginginkan wang dari penderma Najib tersebut?? Adakah dengan kekayaan yang telah diragut Mahathir ketika menjadi perdana menteri dahulu sudah beransur habis??

Apa pun, nasihat kepada Mahathir adalah, tidak perlulah berasa iri hati dengan orang lain sehingga beria-ia mengkritik untuk menjatuhkan individu tersebut. Takut-takut Mahathir pula yang jatuh tersungkur nanti.. – Utaranews.com

ep2p-2