Mahathir mengaku tak ada bukti bila fitnah Perdana Menteri Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih lagi bermimpi untuk menghumban Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan penyalahgunaan wang negara untuk kegunaan peribadinya.

Berangan jela nak sumbat kawan tue dalam lokap… Selagi bukti tidak kukuh mana mampu Mahathir buat sedemikian. Sudah sah-sah takde bukti yang menyataan najib berbuat sedemikian.. Tapi Mahathir ni macam tak faham-faham Bahasa pulak kan. Tak kan la nak humban orang tak bersalah masuk lokap, eshhh tak baik tau!

Sekarang ni Mahathir tengah mati akal untuk memikirkan bagaimana dia nak ‘reka’ bukti untuk menampakkan yang Najib betul-betul salah dan najib benar-benar kebas duit rakyat.

“Saya tidak mempunyai bukti yang kukuh…Saya tahu banyak wang yang hilang, tetapi saya tidak tahu duit itu ke mana,” kata Mahathir.

Mahathir berkata sekarang ni dia masih lagi belum membuat apa-apa laporan polis, tetapi sebaik saja dia mempunyai bukti yang kukuh… Terus dia akan buat laporan polis. Mampu ke nak cari bukti kalau benda tidak terjadi??

Sementara itu, Mahathir juga turut tidak berpuas hati kenapa Najib tidak diambil tindakan undang-undang walaupun banyak laporan polis dibuat atas kesalahan salah lakunya. Tetapi mereka yang menegur dan mengkritik pulak yang diambil tindakan.

Kita tengok jela sejauh mana Mahathir ni nak teruskan dia punya impian untuk hantar Najib ke penjara. Nanti bila dia dah penat usaha.. Diam la Mahathir tue biar je dia melalut sorang-sorang sekarang ni.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2