Mahathir jadi "kepala" pemberontak dalam Umno?

Mahathir patut insaf mengutuk pemimpin kerajaan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya berhenti dari terus menerus menyerang Datuk Seri Najib Razak yang dilihat masih tidak berpenghujung.

Tengku Adnan atau lebih dikenali Ku Nan berkata, bekas perdana menteri itu disaran supaya dapat berhenti dari terus menghentam pentadbiran Perdana Menteri, kerana kerajaan pentadbiran Najib kini tahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Jelasnya, zaman Mahathir telah berlalu dan Mahathir perlu menghormati pemimpin negara kini yang sedang giat menggalaskan tugasnya bagi memantapkan lagi ekonomi negara.

Ku Nan berkata, Mahathir kini tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan kerana bekas perdana menteri itu telah berjanji untuk tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran kerajaan sebaik sahaja meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Tambah Ku Nan, tetapi pada hari ini, kita dapat melihat janji Mahathir itu hanyalah sebuah janji kosong kerana Mahathir telah kembali mengganggu pentadbiran kerajaan sekali lagi untuk memenuhi politik peribadinya.

“Sudah-sudahlah apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Biar pemimpin dalam kerajaan sahaja selesaikan,” kata Ku Nan.

Dalam masa sama, Ku Nan memberi amaran kepada orang luar termasuk media supaya tidak melaga-lagakan pemimpin baru dan lama.

Ku Nan yang mengulas mengenai gerakan menjatuhkan Najib berkata, Umno sudah mengenal pasti tujuh pemimpin parti yang terlibat dalam gerakan menjatuhkan pentadbiran perdana menteri itu dan hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

“Kita ada tujuh pemimpin yang dipantau dan Lembaga Disiplin parti tidak akan teragak-agak untuk menghantar surat tunjuk sebab mereka,” katanya. –Utaranews.com-

ep2p-2