Ku Li anggap Mahathir pemimpin lemah??

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu kenyataan mengatakan hanya pemimpin yang lemah sentiasa memberi tekanan kepada orang lain agar mengikut telunjuknya.

“Mereka mahu ahli parti mengikut telunjuk mereka,” kata Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li.

Siapa pemimpin yang dimaksudkan Ku  Li itu?? adakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimaksudkan Ku Li sebagai pemimpin yang lemah??

Jika menurut pandangan Andy, pemimpin yang dimaksudkan Ku Li itu adalah Mahathir. Ini kerana Mahathir sering memberi tekanan dan mendesak agar orang mengikut telunjuknya.

Perkara ini jelas terjadi apabila Mahathir yang telah bersara dari arena politik kembali memberi tekanan dan mendesak bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi untuk berundur dan kini beliau mahu lakukan perkara sedemikian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita dapat melihat Mahathir kini memberi tekanan hebat kepada Najib dengan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu dan melakukan pelbagai cara kotor untuk Najib mengikut telunjuknya.

Malah, beliau sanggup bersekongkol dengan pemimpin pembangkang dalam demonstrasi jalanan yang menjadi makanan harian buat parti pembangkang untuk membantah sesuatu yang diimpikan mereka.

Ini jelas menunjukkan Mahathir merupakan seorang pemimpin lemah yang dimaksudkan Ku Li itu.

Bagaimanapun, syabas kepada Najib kerana tidak menunjukkan ciri kepimpinan yang lemah seperti Mahathir dengan melawan kembali segala tekanan yang dilemparkan oleh bekas perdana menteri itu.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-5small