Kena sihir sampai benci lihat wajah suami sendiri.

Seorang wanita yang mahu dikenali dengan nama Salmah, 35 (bukan nama sebenar) merupakan seorang pesakit yang mendapatkan rawatan Pusat Rawatan Ruqyah Thobbi di Pasar Awam Kepala Batas.

Beliau mengalami gangguan misteri hampir setahun sampaikan dia tengok muka suami dia sendiri pun benci.

Memang sah terkena buatan orang la ni.. Sapa la yang jahat sangat dok menganggu hidup orang tu, hah?? Menurut Salmah, gangguan tu juga menyebabkan emosi dia jadi tak stabil.

“Bayangkan kalau tengok saya muka suami saya akan jadi marah dan sejak itu saya mula mencuba rawatan melalui kaedah pengubatan Islam,” kata Salmah.

Diceritakan pada awal-awal terkena tu, dia selalu rasa mual, loya dan badan pulak naik ruam halus. Selain tu, dia pernah beberapa kali nak pitam dan bila pi check kat klinik, doktor kata kesihatan dia baik aje, tak ada masalah apa-apa pun.

Kini selepas beberapa kali melakukan rawatan perubatan Islam, Salmah beransur-ansur pulih dan kembali normal. Salmah dah boleh tengok wajah suami dengan penuh kasih sayang dah..

Tu la penangan hantar benda-benda khurafat ni kat orang. Siapa yang terkena tu yang nak terseksa teruk nak menanggung. Selalunya orang yang buat benda khurafat ni, orang tu berdendam atau dengki dengan seseorang la kan.

Tu tak termasuk ilmu buat ubat guna-guna nak pikat orang lagi. Minta-minta la dijauhkan semua tu dari kita noh.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2