Jangan Amal Sikap Suka Buli Suami

DCCK  28  JUN  201520150919_103024-1

“TIDAK keterlaluan kalau saya katakan memang kaum lelaki tak berapa suka baca ruangan DCCK ini salah satu sebabnya yang paling jelas adalah kerana kaum wanita, khususnya isteri  suka sangat mengumpat dan mengutuk suami masing-masing, macamkan mereka tak ada keburukan. Walau apa pun alasan diberikan konon untuk isteri lepaskan tekanan perasaan, tetapi para suami juga sakit hati, namun mereka tak ada tempat nak mengadu.

“Bukan kami tak mahu mengadu atau bercerita ke ruangan ini, tetapi kami tahu tak ada wanita yang mahu percaya pandangan kami, mereka tetap memenangkan diri dan kaum mereka sendiri,’’ itu cerita Encik Izmir dalam emelnya.

“Walaupun asalnya memang saya tak mahu bercerita ke ruangan ini tetapi setelah mengambil pandangan beberapa orang kawan rasanya sesekali kita patut beritahu isteri mereka juga perlu cermin diri dan selesaikan masalah sebelum menceritakan keburukan suami itu ini. Jadi di bawah ini merupakan rangkuman nasihat suami supaya isteri buka mata dan berubah bermula pada bulan Ramadan yang baik ini.

“Memang kami tak nafikan ada suami enggan beri nafkah anak-anak selepas cerai, tetapi cuba isteri kaji diri sendiri mengapa masalah itu berlaku. Semuanya berpunca dari sikap, perbuatan dan mulut lancang isteri sendiri bila bergaduh dengan suami.

“Contoh, bila gaduh mula minta cerai meraka akan kata tak mahu tuntut nafkah anak dari suami, asalkan dapat cerai, ketika itu rasa bencinya pada suami hanya Allah saja yang tahu. Tetapi biasalah setelah bercerai hidup mula terasa semakin susah, mulalah buat tuntutan nafkah anak ke mahkamah. Sebabnya, kerana sakit hati pada suami yang sudah berkahwin lain, kedua kerana hasutan keluarga suruh minta nafkah.

“Biasanya masalah dalam keluarga timbul kerana benda-benda kecil, bermula dengan sikap isteri suka buat meminta di luar kemampuan suami, perabut ruimah nak lengkap, pakaian mesti up-to date. Bila suami kata tak mampu mulalah isteri kata, `adalah menjadi tanggunggung jawab suami menyediakan semua keperluan isteri dan keluarga, dari perabut rumah, pakaian dan makan minum’

“Suami boleh sediakan mengikut kemampuannya, bukannya semua mesti dibeli serentak. Bukankah ikatan perkahwinan hingga ke akhir hayat? Jadi  sabarlah,perabut rumah boleh dibeli satu persatu dan semuanya kena rancang.

“Seperkara lagi tentang perangai isteri, ramai isteri suka ajak suami makan di luar, kalau masa baru kahwin, makan berdua bolehlah kita bertahan, tetapi kalau dah ada anak 2.3 orang masih ajak makan kat luar seminggu 3 atau 4 kali boleh pokai.

“Bayangkan kalau makan berlima beranak di restoran makanan segera, sekali duduk boleh kopak RM50 itu pun makan ala kadar. Kalau 3 atau 4 kali seminggu terbakar poket. Masalahnya lagi satu dapat suami suka makan nasi macam saya mana cukup makan seketul dua ayam. Mungkin orang lain boleh, kalau saya gigil lutut.

“Jadi bila saya keluar semula selepas hantar anak isteri balik, sebab nak cari nasi, si isteri mulalah mengomel, kata tak cukup makan ke? Macam tak faham-faham dah kahwin lebih 10 tahun, tapi masih tak kenal perangai suami.

“Pada pandangan saya apa salahnya kalau isteri masak si rumah bila balik kerja. Suami boleh tolong jaga anak. Macam saya tak masak lauk yang berat-berat, cukup satu mata lauk tak kira sup ayam ke, tumis air kentang dengan telor pun dah ok. Kalau rajin buatlah sambal belacan. Tak perlu buat tiap tiap hari, buat sekali boleh makan 3 atau 4 kali. Apa salah? Susah ke?

“Tetapi disebabkan dia tak suka sambal belacan, dia tak mahu buat, tak suka masak lemak tak mahu masak. Habis nak masak apa. Sebenarnya saya tak kisah makan apa pun saya makan asal bukan kayu dan batu. Saya tak memilih. Tapi alasannya penat sebab seharian bekerja.

“Ok, kalau penat beli sejenis dua lauk di kedai, di kantin, bawa balik. Balik rumah masak nasi aja, saya boleh makan. Tetapi alasannya, buat penat masak, sebab saya seorang makan, kerana anak-anak tak suka makan nasi. Suka tak suka ini terpulang kepada cara kita ajar anak makan. Kalau dah selalu disumbatkan dengan makanan segera sampai bila-bila dia tak suka makan nasi.

“Itu bab makan, seperkara lagi yang membuat suami panas hati bila isteri tak faham-faham hobi suami. Macam saya, saya suka balik kampung sebulan 2 atau 3 kali sebab saya suka tanam pokok, tapi isteri saya tak suka bukan kata nak tanam pokok, balik kampung pun dia tak minat.

“Katanya banyak nyamok, sunyi dan menakutkan. Peliknya masa bercinta dulu, bila saya tanya semua ok. Dah kahwin pulak tak suka, sebabnya dia tak sukakan keluarga yang suka datang bertandang ke rumah emak bila kami balik.

“Jadi setiap kali saya ajak balik kampung kecuali raya, dia akan kata baliklah sendiri, alasannya anak-anak tak selesa tidur rumah panas tak ada aircon. Ya Allah! masalah tak ada aircon pulak. Ini cuma alasannya. Anak-anak tak tahu air con, dia tahu dapat tidur nyenyak sebab diajar sejak kecil. Kalau ajar anak tidur dengan kipas angin sejak kecil tentu tak ada masalah. Yang sebenarnya yang nak aircon itu dia sendiri!

“Seperkara lagi yang buat suami bengang, isteri suka arah dan tunjuk ajar suami. Apa yang dia suka suami mesti ikut, apa yang suami suka dia kata tak baik, contoh, dia suka shoping atau berjalan-jalan, pantang ada pesta, nak pergi tengok. Tetapi saya tak suka pada saya buang masa dan membazir duit, dia cuma mahu jamu mata, lepas tu singgah makan, itu yang dia suka sebab tak perlu  masak.

“Tetapi saya suka balik kampung tanam pokok, kerana kampung saya tak jauh pun berkereta sejam sampai. Saya suka kenalkan pada anak-anak jenis-jenis pokok dan suasana aman damai di kampung. Boleh makan buah seperti jambu air, pisang dan papaya. Bukan kah itu lebih baik, bila dah penat tentu mereka suka makan nasi bukan makanan segera atau mi segera.

“Seperkara lagi dia suka gayakan anak-anak dengan pakaian mahal-mahal ikut trand. Pada saya apa faedahnya, budak budak cepat membesar, tak sampai setahun pakaian yang mahal tadi tak boleh pakai kena beli lain, bukankah itu membazir?

“Bila ditegur dia marah konon dulu dia tak pernah merasa pakaian yang mahal mahal dan berjenama, maka dia mesti beri pada anak anak supaya mereka merasa. Untuk apa budak-budak tak tahu apa pun? Baju pasar malam pun mereka suka pakai sebab lebih selesa. Kan lebih baik duit tu disimpan untuk mereka bila besar nanti.

“Tak lama lagi nak hari raya lebih teruk lagi, sebelum puasa setiap minggu dah ajak saya buat lawatan ke shopping komplek, kedai berjenama nak buat survey nak cari pakaian raya yang cantik untuk anak-anak. Saya tak mahu pergi, akhirnya berlalulah pertengkara, alasannya saya cerewet beli pakaian anak, kedekut, dan sebagainya. Pada saya ikut suka dialah apa nak beli, kalau saya kata tidak, dia beli juga kerana antara kami memang selera tak sama.

“Lepas tu suka pilih pakaian sedondong, saya memang tak suka, ikut hati sayalah pilih warna apa. Kerana tak dengar cakapnya, maka saya dituduh kedekut, dan sengaja suka cari masalah dengan isteri. Salah saya ke? Kenapa dia mesti tentukan untuk diri saya, kenapa saya mesti ikut seleranya? Saya pun ada hak memilih?

“Satu perkara lagi sebagai contoh, pasal hobi suami isteri tak suka, barang yang suami beli dengan duit sendiri isteri akan berleter, konon membazir duit. Sebaliknya suka paksa suami buat sesuatu benda yang suami tak senang. Kalau suami buat pun dia akan buat acuh tak acuh, sekali lagi isteri mengamuk.

“Apa yang saya ceritakan ini adalah bunga-bunga kebcncian suami kepada isteri, disebabkan suami tak suka melahirkan terang ternagan apa yang dia tak suka, maka semua benda itu akan disimpan dalam hati. Akhirnya bila dia jumpa wanita lain yang sejiwa dengannya, maka berlakulah apa yang tak patut berlaku, akhirnya isteri  yang rugi. Kerana itu jangan sekali kali benarkan hati suami beralih arah ke tempat lain. Buatlah benda yang boleh harmonikan keluarga dan memikat hati suami.

“Sebenarnya semua benda yang saya ceritakan tadi adalah bunga bunga yang jadi punca suami kurang selera dengan isteri. Dan suami cari jalan lain menyenangkan hatinya. Masalah ini memang kecil, tetapi besar kepada mereka yang kena, hanya mereka yang melaluinya sahaja dapat rasakan kepedihannya.

“Pada saya pokok pangkalnya adalah sifat tolak ansur suami isteri, ada kala suami ikut selera isteri, dan ada ketikanya isteri kena ikut kehendak suami. Bukan main paksa supaya suami mesti ikut cara isteri. Memang ada suami yang malas berkeras dia hanya ikut kehendak isteri. Tetapi ingat satu hari nanti suami seperti ini akan memberontak. Siapa yang rugi?

“Oleh itu jangan terlalu mendesak suami, menunjuk cara dan merintah suami, bertimbang rasalah jika mahu rumahtangga rukun damai,’’ Itu antara nasihat Izmir yang bercakap bagi pihak kawan-kawannya.

 

 

Carian pelawat:

  • kenapa isteri suka buli suami

ep2p-5small