Isteri dipenjara sebab rakam video Suami Curang

Di Riyadh, Arab Saudi, seorang perempuan akan berdepan dengan hukuman penjara or denda sebab rakam aksi suami dia yang gatai merenyam dok gomoi pembantu rumah diorang dan sebar di laman sosial.

Undang-undang gila apa la tu, suami buat hal tapi bini pula terima padah. Tak adil betul!! Dah la suami tak guna harap pakai jubah labuh dengan serban atas kepala tapi perangai macam setan buat tak senonoh dalam rumah depan mata bini sendiri.

Menurut peguam Majid Qaroob, perempuan tu boleh dipenjarakan setahun disebabkan tindakan dia tu.

“Wanita tersebut berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat.

“Undang-undang ini memastikan hukuman tegas kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan menfitnah mereka,” kata Majid.

Fitnah ke bendanya, sah-sah lelaki dalam video tu suami dia yang curang secara terang tang-tang! Tu pun fitnah ke??? Tak paham betul.. Salah perempuan tu ada la sebab dedah aib suami tapi undang-undang tu tak adil betul! – MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small