Ini sebabnya kenapa Saifuddin sertai mesyuarat Pakatan dulu..

Tempoh hari yang lalu sewaktu Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah diminta untuk memberi penjelasan dan tunjuk sebab oleh Umno, mengapa beliau menghadirkan diri dalam mesyuarat yang anjurkan oleh parti pembangkang, Pakatan Harapan… Saifuddin bertindak mendiamkan diri dan enggan berbuat sedemikian.

Sekarang ni, sudah pecah tembelang dan terkantoi sudah tujuan sebenar beliau berbuat sedemikian. Rupa-rupanya ada khabar angin menyatakan bahawa Saifuddin bakal meninggalkan Umno semata-mata untuk menyertai parti PKR.

Difahamkan Saifuddin bakal bergelar ahli parti PKR hari ini dan pengumumam mengenai perkara tersebut akan dihebahkan dalam  satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 12 tengah hari, hari ini.

“Ya, dia menyertai kami,” kata seorang pemimpin kanan PKR yang namanya dirahsiakan.

Walaupun ada yang mendakwa Saifuddin menafikan khabar angin tersebut, namun Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan akan mengumumkan keahlian Saifuddin tengah hari ini. Sudah terang lagi bersuluh si Saifuddin ni nak sertai PKR so apa lagi yang hendak dinafikan.

Dengar kata Saifuddin ni akan menjadi orang penting dalam PKR, kononnya bakal dilantik untuk memangku jawatan sebagai setiausaha eksekutif kepada Pakatan, yang juga ahli-ahlinya adalah DAP dan Parti Amanah Negara.

Sama ada menjadi orang penting atau orang yang dipergunakan, kita tunggu jela nanti! PKR memang awal-awal je janji manis, bila pancing sudah mengena dan masuk ke dalam perangkap silap-silap jadi pencacai suruhan jela.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small