GRO melayu tak sedar buat kerja Haram. Tak tahu kerja GRO berdosa.

Bila kena tangkap beribu-ribu alasan diberikan, ada gak sesetengah tu bagi alasan yang bangang! Macam 12 orang perempuan beragama Islam ni la, jadi Gro disebuah kelab lepas tu bagi alasan yang menyampah dan tak masuk akal bila kena tahan!

Alasan yang 12 orang tu bagi kata tak tau kerja GRO ni berdosa! Main-main dengan hukum Allah, tipu sangat la kata tak tau tu!! Diorang ingat diorang tu budak kecik ke?? Nak gula-gula kan orang pulak dengan alasan cenggitu!

Kelab tu diserbu oleh pihak Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pukul 12 tengah malam, time tu dalam kelab dok bergema dengan lagu-lagu rancak dan GRO pulak dok kusyuk layan pelanggan masing-masing sambil hidangkan arak.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad, ada gak beberapa orang GRO cuba nak cabut lari selepas terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa tapi gagal.

Kerja banyak ditawarkan diluar tu tapi nak gak pilih jalan hitam ni. Nak cari duit dengan cara mudah, maruah diri tergadai. Benda-benda haram jadi ‘santapan’ harian! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2