Gila! Buang Telinga Sebab Nak Kelihatan Seperti Burung Kakak Tua

Mamat ni memang sewel la!! Mamat ni dikenali Ted Richards, 56 dari Hartcliffe, Bristol sanggup buang telinga sebab nak jadi macam burung kakak tua. Nak buang telinga tu dikatakan ambil masa 6 jam melalui pembedahan.

Difahamkan, telinga tu ‘derma’ kepada seorang kawan yang pandai ‘menghargainya’, entah-entah telinga dimakan apa?? Bukan boleh dipercayai sangat diorang ni.

Mamat ni terlampau taksub dengan binatang yang dia bela dan kononnya nak menunjuk kasih sayang terhadap lima ekor burung kakak tua dia bela iaitu Ellie, Teaka, Timneh, Jake dan Bubi.

Dia sanggup buat pembedahan berpuluh kali semata-mata nak sama dengan binatang yang dia bela dan kononnya sayang sangat tu!

“Saya melakukannya kerana mahu kelihatan sama seperti burung kakak tua kesayangan saya. Sebelum ini rambut saya panjang untuk menutup telinga,” kata Ted.

Mamat ni bangga dengan perubahan yang dia buat, selepas buang telinga ni dikatakan mamat ni simpan azam nak ubah hidung jadi paruh pulak dah. Lidah pun terbelah macam apa entah. Badan penuh dengan tatu dan tindik. Hantu tengok pun seram! Hhuhuhuhu..

Elok sangat dapat awek jenis sama-sama gila! Dah dijadikan manusia, teringan pula nak jadi binatang! Orang cenggini tak pernah nak hargai apa yang diorang ada. MissHana/Utaranews.com

ep2p-2