#FINALAFC – Sultan Johor Titah Bangsa Johor Doakan Kejayaan JDT!!! @OfficialJohor

Sempena hari bersejarah buat bangsa Johor, malam ini skuad JDT akan bertemu pasukan Istiklol di Tajikistan untuk merebut Piala AFC no 2 berprestij dalam saingan kelab-kelab Asia Selepas Piala Liga Juara-Juara Asia…
Di Johor kemeriah tetap terasa biarpun perlawanan dilangsungkan di Tajikistan..hampir seluruh pelusuk negeri Johor ada menayangkan layar gergasi!!!ayuh meriahkan kawasan anda!!!
Justeru itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan seluruh rakyatnya mendoakan kejayaan pasukan JDT pada perlawanan akhir Piala AFC malam esok.
Melalui Facebook dan Instagram baginda, Sultan Ibrahim menyeru rakyat mendoakan kejayaan pasukan itu mengikut kepercayaan masing-masing.
“JDT milik rakyat Johor. Berdoalah menurut cara dan kepercayaan masing-masing untuk kemenangan JDT.
“Saya berada di Tajikistan untuk memberi sokongan kepada JDT,” titah baginda.
AYUH MERAH BIRUKU!!!
Kita Tawan ASIA!!!!

ep2p-2