DAP mahu "bebaskan" Selangor dari PAS..

Kenyataan DAP untuk bertanding di kerusi Pas bukanlah satu kejutan kerana sudah diketahui umum bahawa kedua-dua pasti itu akan menentang antara satu sama lain selepas DAP memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, DAP akan bertanding di lapan kerusi Pas di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pua berkata, DAP akan bertanding di lapan kerusi milik Pas di Selangor kerana percaya DAP mempunyai pengaruh kuat di kerusi terbabit dan akan memenangi kerusi tersebut jika bertanding.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang. Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,”

Kerusi milik Pas yang dinyatakan Ahli Parlimen Petaling Jaya itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Yakin betul DAP ni boleh menang kerusi yang dimilik Pas kini. Siap berlagak kata di kerusi tersebut pengaruh DAP kuat. Nak kata Pas menang kerusi tersebut sebab bantuan DAP laa tu… Puii.

Tapikan, yang menjadi hairannya, mengapa DAP nak bertanding kerusi Pas di Selangor, kenapa tak tanding kerusi Pas di Kelantan sekali??  takkan DAP nak membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) kat Selangor saja?? DAP takut kalah ke??haha.- Utaranews.com

ep2p-2