Cekodok pisang gebusss n tembammm

 Asalamualaikum dan salam jumaat… pagi2 hari merajinkan diri mengupdate rumah maya ni… selalunya pepagi hari kak rose g ber brisk walk, tapi hari ini kira cuti la kan…. setiap jumaat memang kak rose tak berjalan sbb masih nak maintain membaca Surah Al-Khafi pada jam 9 pagi sama masa ketika masih duduk di shah alam… walau pun tak bersama kawan2 muslimat kat sana, tapi cuba jugak membaca dengan waktu yang sama… menghilangkan rindu pada kawan2…

hishhhh!!! nak cerita pasal cekodok, lain pula merapunya kan…. bila ternampak cekodok gebus kat blog Ita, mata n tekak meminta2 nak membuatnya… kebetulan pisang pun ade, so jadilah cekodok pisang gebus n tembam ni…. lembut sangat. mekasih Ita n CMG yang kongsikan resepinya ya…boleh la kawan2 buat untuk minum petang nanti…

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.

Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

ep2p-2