Bulu Tertanam Dalam Pil Shaklee Vita-C Plus

Seorang pengguna Shaklee yang dikenali Tasnim Amin terkejut dengan penemuan sesuatu dalam pil Shaklee Vita-C plus yang dimakan. Dah la melantak separuh botol dah, satu pagi tu selepas subuh nak makan ternampak pulak ‘bulu’ tertanam dalam pil tu! Spoil!

Selalunya Tasnim makan pil tu selepas subuh dalam bilik aje sebab dah tersedia air, tapi pagi tu air dia habis. Dia turun ke bawah dan bawa pil tu sekali nak makan. Terpandang pil tu, sekali tengok ada rambut pulak kat pil tu.

Mulu-mula diingatkan rambut sendiri, tarik punya tarik rupanya rambut tu tertanam dalam pil tu! Oiiii.. Sapa punya rambut yang tersesat ni, hah?? Disebabkan terasa teraniaya dan kecewa dengan tahap kebersihan produk tu, Tasnim ni pun berkongsi la gambar tu di laman Facebook, biasa la orang la ni semua nak share kan!

Tapi perkongsian Tasnim tu menimbulkan kemarahan orang ramai dan minta gambar tu dipadamkan.Tapi Tasnim still dengan pendirian tegas dia tak kan padam gambar tu.

“Ramai yang PM (Private Message) suruh buang gambar ni. Kenapa nak kena buang? Ini kes hygiene. Then I’m not saying yang Shaklee ni tidak bagus. Cuma bagaimana lepas Vita-C yang berbulu seperti ni? Macam mana boleh terlepas pemeriksaan kualiti?

“Bayangkan, sudah setengah botol ditelan. Kalau anda berada di tempat saya, sudah tentu rasa nak muntah kan?,” kata Tasnnim membalas komen di laman Facebook dia.

Maybe yang suruh buang tu tanak memburukkan jenama Shaklee tu, yola produk tu pun popular. Tapi Tasnim ni terasa teraniaya, dia just nak berkongsi dengan orang ramai apa yang jadi kat dia.

Kalau benda ni tersebar, maybe syarikat produk tu akan meningkatkan kualiti produk diorang lepas ni kan.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small