Budak Perempuan 9 Tahun Diperkosa & Dibungkus Dalam Kotak

Mayat kanak-kanak perempuan 9 tahun dirogol dan disumbat dalam kotak

Di Jakarta, mayat seorang budak perempuan berusia 9 tahun ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Budak perempuan malang yang menjadi mangsa kekejaman manusia yang tak ada hati perut dibunuh dengan kejam.

Adik yang malang tu dikenali Putri Nur Fauziah, anak ketiga dari pasangan Asep Saepuloh dan ida Fitriyani yang dilaporkan hilang dipercayai diculik masa keluar dari sekolah dia SDN 05.

Dik Putri ditemui dalam sebuah kotak di Mukim Kalideres dalam keadaan yang mengaibkan tanpa seurat benang dan mulut disumbat kain serta tangan kaki diikat. Kejam gila pembunuh tu, bukan takat dibunuh dengan kejam. Sebelum dibunuh tu dik Putri tu dirogol.

Ni kerana ada kesan-kesan luka dan lebam di badan dik Putri dan ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur. KEJAM!!!

Berdasarkan siasatan forensik, mangsa dah mati dibunuh lebih dari 4 jam masa ditemui. Polis dok siasat dan buru manusia yang sanggup melakukan kekejaman cenggitu sekali kat budak! Dapat tangkap tu hukum aje dengan kekejaman balik!

Difahamkan, sebelum keluar rumah, Putri bagitau mak dengan ayah dia nak keluar study group dengan kawan-kawan dia. Tapi sampai ke malam tak balik-balik. Disebabkan tu mak bapak Putri buat report keesokkan hari berhubung kehilangan Putri.

Tak sanggup nak tengok mangsa yang dibunuh lepas tu dirogol pula. Mayat dicampak sesuka hati aje kat mana diorang nak campak. Macam campak ‘bangkai’ aje!! Hurmmm.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small