Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mungkin diberi kemenangan percuma dalam Piala AFC dan seterusnya mara ke final.

Ini kerana lawan mereka di peringkat separuh akhir, Al Qadsia bakal terjejas andai Persatuan Bolasepak Kuwait (KFA) digantung FIFA pada Oktober jika undang-undang baru sukan di negara itu yang tidak selari dengan undang-undang sukan antarabangsa diperkenalkan.

Beberapa ahli-ahli parlimen negara seperti Abdullah Al-Mayouf dan Abdullah Al-Turaiji menggesa persatuan-persatuan sukan agar tidak menyertai sebarang kejohanan sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam mencapai matlamat politik mereka.

Perjumpaan diantara pihak kerajaan dan KFA yang turut disertai wakil Majlis Olimpik Kuwait telah diaturkan pada 10 dan 11 Oktober di Lausanne City bagi membincangkan perkara ini.

FIFA telah mengutus surat kepada KFA minggu lalu dengan memberi amaran agar memperbetulkan undang-undang jika tidak mahu di senarai hitam oleh FIFA.

Kuwait FA pernah digantung FIFA dua kali sejak 2007, 2008 dan hanya dibenarkan bertanding semula pada tahun 2011.

Perlawanan timbal balik Piala AFC akan berlangsung pada 20 Oktober di Larkin dengan Al-Qadia memiliki bekalan agregat 3-1.

Comments

comments