Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Timor Leste – Malaysia

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Sementara, Datuk Ong Kim Swee berdepan cabaran pasukan Timor Leste pada saingan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Ini merupakan perlawanan ketiga pasukan Malaysia di bawah kendalian sementara Datuk Ong Kim Swee setelah Ketua Jurulatih sebelum ini, Dollah Salleh meletak jawatan ekoran kekalahan besar 0-10 kepada UAE. Dalam 2 perlawanan sebelum ini, pasukan negara tewas 1-2 kepada Arab Saudi (perlawanan terhenti ; FIFA memberikan kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi) dan menang 3-1 bertemu pasukan Laos.

Dengan kedudukan ranking FIFA semasa negara yang merudum di tangga ke 171 dunia, Datuk Ong Kim Swee pastinya berdepan misi sukar mengembalikan semula maruah bola sepak negara. Bual Sukan percaya beliau pastinya akan menggunakan segala kepakaran serta pengalaman beliau untuk membantu pasukan kebangsaan bangkit semula seterusnya menceriakan kembali penyokong-penyokong Harimau Malaya. Berikut adalah keputusan semasa perlawanan Timor Leste lawan Malaysia di Dili, Timor Leste : 

Timor Leste 0

Malaysia 1 (Amri Yahyah)

Kesebelasan Pasukan Malaysia
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan
Matthew Davies
Aidil Zafuan 
Razman Roslan
Nazirul Naim

Tengah
Azamudin Akil
Baddrol Bakhtiar
Ismail Faruqi Ashari
S.Kunanlan

Penyerang
Amri Yahyah (Ketua Pasukan)
Safee Sali

ep2p-2